WAHAI CAHAYA CINTA

Ombak tidak akan
berhenti
daripada memukul
pantai,
Matahari tidak akan
serik
menerangi dunia
,Begitu juga dengan
diriQu
tidak akan pernah
serik
dan jemu untuk
menyemarakkan
serta menerangi
cinta kita


Wednesday, March 2, 2011

JANGAN


Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia, InsyaALLAH. 

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau² terbawa keluar najis,
    mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia
    membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi 
   kepapan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu
    berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi
    syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
     bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila
       berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
      kita. 
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang
      kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
      dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
      lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
      keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.



No comments:

Post a Comment

TUNGGU KEJAP MASUKLA..

just kongsi jer.. tekan dan baca..

SILA KLIK DISINI....:)