WAHAI CAHAYA CINTA

Ombak tidak akan
berhenti
daripada memukul
pantai,
Matahari tidak akan
serik
menerangi dunia
,Begitu juga dengan
diriQu
tidak akan pernah
serik
dan jemu untuk
menyemarakkan
serta menerangi
cinta kita


Sunday, March 20, 2011

Dengar, Pendengar dan Mendengar

- Bila kita bercakap mesti ada pendengar, begitu jua sbliknya..btl x??? kali ni saya maw kongsi tentang cara mndengar secara berkesan..dari kata lain mdengar dgn betul..saja ja maw kongsi pengetahuan saya tym dolo2..hihihi..merosakkn ayat ja kan?bah apa jua saya melalut ni kan..baca lah pa yg saya maw kongsi ni:-


Ø  Mendengar dengan berkesan bermaksud dengan mata, telinga dan hati sahaja. Bukannya mendengar dengan menggunakan mulut anda coz mulut untuk bercakap. Ini bermakna ketika mendengar anda hendaklah zipkan mulut anda dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada orang yang sedang bercakap.

Ø  Mendengar juga melibatkan kebolehan memahami bukan hanya pada apa yang diperkatakan tetapi maksud apa yang diperkatakan dan perasaan orang yang memperkatakan. Satu cara untuk menguji kebolehan mendengar ialah dengan membuat rumusan dan menyelami perasaan orang yang bercakap.

- Terdapat 2 perkara yg harus diketahui untuk mnjdi pndengar yg baik.

1. perkara yg digalakkan ketika mendengar.
  • -          Duduk atau berdiri condong ke arah orang yang bercakap dalam keadaan relaks atau tenang.
  • -          Pandang ke arah orang yang bercakap. Jangan membelakangi orang yang bercakap tapi jgn salah fhm pula...maksudnya di sini bukanlah anda pandang orang tersebut dengan pandangan yang menggoda pula,kang lain jadinya.
  • -          Perhatikan air muka dan gerak-gerinya. Ini bukan bermakna anda perhatikan peluhnya atau mengira berapa tahi lalat atau jerawatnya.
  • -          Senyum apabila ia senyum. Jangan pula apabila dia menagis anda pula ketawa ataupun senyum. Bertenang jak apabila ceritanya menyedihkan atau mengejutkan. Jangan pula anda yang terlalu beremosi.
  • -          Dengar apa yang diperkatakan, gaya, nada suara, dan kelajuan ia bercakap kerana kadangkala menyatakan sesuatu tentang perasaannya.
  • -          Berikan galakkan supaya ia terus bercakap dengan membuat tindak balas lisan atau tidak lisan seperti mengangguk…,ya…,lepas tu….,em…jgn diam jak kang dia fikir kamu bosan pula dengar luahannya atau ceritanya..
     2. perkara yg tidak digalakkan semasa mendengar.

  • -          Terlalu banyak bertanya seolah-olah menyiasat untuk kepentingan sendiri
  • -          Bertanya soalan ‘ kenapa’ dalam nada yang tinggi atau kasar seolah-olah ia bersalah.
  • -          Mengganggu atau mencelah semasa ia bercakap.
  • -          Memberikan nasihat dan teguran.
  • -          Menilai perbuatan sebagai salah atau betul.
  • -          Menahan ia meluahkan perasaan sedih dan marah. Sekiranya anda menahan ia daripada     meluahkan perasaannya, nanti tak pasal-pasal anda pula jadi mangsanya.
  • -          Menyangkal atau menentang pendapatnya walaupun anda tidak bersetuju.
  • -          Membuktikan ia bersalah atau lemah akan menyebabkan ia lebih ‘defensif’.
  • -          Tukar tajuk perbualan daripada hal lain kepada hal peribadi.

unik


cantik kan rama-rama nie??tapi cuba anda perhatikan pa yang pelik??rama-rama ni saya snap tym saya lepak kat cafe d kampus saya.

Peribadi Disebalik e-mail

menggunakan nama penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emailnya dengan nama penuh, contohnya aminah_alias@yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh dengan tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya pula.


menggunakan nama depan dan belakang
Contohnya Hafiz Othman bin Mahmud. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai hafizothman@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan dirinya sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


menggunakan nama dan tahun
Contohnya Ghazali2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah. Dari kata lain, seorang yang tidak tetap pendirian.


menggunakan nama samaran @ nama rekaan semata-mata
Hah... ramai yg suka buat email begini kan???Contohnya riang_girlz@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan sehingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

menggunakan nombor dan abjad
Contohnya abi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" hati dan dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ...hahahaha.. kirim salam sajalah ya.. 

* ini hanya ramalan semata-mata..terpulang kpd anda untuk percaya @ tidak..saya hanya ingin kongsi jak k..


Saturday, March 19, 2011

pelik tapi benar!!!!

POKOK YANG MENYERUPAI BERUANG KA OR BERUANG YANG MENYERUPAI POKOK???


pelik tapi benar..pokok yang menyerupai beruang..pokok ni ada kat kellies castle klu nk tengok secara reality, anda g la sana..pic ni pun saya snap tym saya jln2 dgn family saya g kellies castle kt perak (mesti orang semnnjg taw dah kan) tapi bagi orang sabah n sarawak yang ingin melancong kat perak, jgn lupa g kelle castle k..cantik tempat nie coz banyak sejarah dan tempat ni penuh dgn misteri..datang lah ke sana dan  alaminya sendiri k..


ini lah kellies castle yg saya cerita 2..cantik kan??so, tunggu pa lagi, anda bawa la family anda g tempat yg bersejarah lagi misteri ini..sebelum melancong ke luar negara, melancong lah dalam negara kita lu..banyak g tempat menarik dalam negara kita ni..ni salah satunya..

Apple Or Mango???



anda rasa ni buah apple ka buah mango? 
rasa sayang pula nak makan buah ni coz cantik kan?
so b4 kami makan, kami pun ambik la gambar untuk dijadikan kenangan..hihihihi


Tuesday, March 8, 2011

Cara-cara & Hari-hari yang Sunat Memotong Kuku

Bahagian Kuku Tangan
1. Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.
2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk
dan akhirnya ibu jari kiri.


Bahagian Kuku kaki
1. Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri.


Hari2 yang di sunatkan memotong kuku
Hari Sabtu - Mempusakai penyakit akilah ( yg disebabkan banyak makan)
Hari Ahad - Hilang berkah
Hari Isnin - Mempusakai alim Fadhil (org yg berilmu dan mempunyai kelebihan)
Hari Selasa - Mempusakai kebinasaan
Hari Rabu - Mempusakai jahat perangai
Hari Khamis - Mempusakai Kaya
Hari Jumaat - Mempusakai ilmu dan lemah lembut

cinta datang cinta pergi??

Kepada Sahabatku yang ..............MASIH SINGLE
CINTA ibarat kupu-kupu.  Makin kau kejar, makin ia menghindar.  Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu...di saat kau tak menduganya.
CINTA bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.  So, relax ja ok, jangan terburu-buru dalam memilih pasangan dan pilihlah yang terbaik untuk dirimu.

Kepada Sahabatku yang...........SUDAH BERNIKAH/BERKAHWIN
Kalau Cinta jangan katakan "Ini SalahMu", tapi katalah "Maafkan aku, ya?" Bukan katakan "Kau dimana!", melainkan "Aku disini, kenapa?" Bukan " kenapa kau begitu!" tapi katakan "Aku mengerti." Dan juga bukan ungkapkan "Cuba, seandainya kau..." akan tapi ucapkanlah "Terima kasih ya, kau begitu...." , semaikanlah cinta kamu seperti mana pertama kali kamu berjumpa dan bercinta sebelum bernikah.


Kepada Sahabatku yang............... BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalu jatuh cinta: Mau jatuh jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus pula, tetapkan diri secara konsisten tapi jangan terlalu menurut perintah sahaja, berbagilah dan janganlah kamu tidak adil dalam perhubungan, bertolak-ansurlah dan cubalah untuk tidak menuntut apa yang tidak mampu diberinya , persiapkanlah dirimu untuk terluka dan menderita, tapi jangan kamu simpan rasa sakitmu itu dalam hati kecilmu kerana ia akan bertukar menjadi dendam.


Kepada Sahabatku yang ........................TAKUT UNTUK MENGAKUI CINTA
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Itu  malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kamu cintai sama sekali tidak mengetahui tentang perasanmu terhadapnya. So bagi yang malu ingin luahkan isi hati mu, luahkan lah sebelum ianya terlambat.


Kepada Sahabatku yang.........MASIH BERTAHAN MENCINTAI
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta dengannya, namun akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah menyintai seseorang yang tidak layak bertahun lamanya.  Kalau sekarang pun  ia sudah tak layak, 10 tahun dari sekarang pun ia juga tak akan layak.  Biarkan dia pergi, lupakanya, tambahan pulak jika tidak mendapat restu dari orang tua. Yakinlah bahawa kamu akan dikurniakan dengan orang yang lebih baik daripadanya. So jangan teragak-agak untuk lupakannya dan berilah peluang untuk dirimu dicintai dan mencintai orang yang layak untuk kamu.

Saturday, March 5, 2011

khas buatmu


Andai engkau ada disini
Ku akan selalu menjaga dan mencintaimu
Andai kau tercipta untukku
Kan kurangka kisah terindah hanya untukmu
I Love U..
cinta……….
rasa yg buat Q semakin menggila
rasa yg buat Q bahagia……
rasa yg buat Q suka……..
rasa yg penuhi jiwa……….
tapi hanya cinta dari mu
kasih……….
panggilan Q untuk dirimu
hanya kau kasih Q
kerana Q hanya mencintai mu
kerana Q hanya memiliki mu
Mungkin kau fikir……….
Disini Q tak mencintaimu
Tapi jauh dilubuk hati Q
tersimpan nama mu
RAMLAH BINTI MOHAMMAD


I ALWAYS WAIT YOU
I ALWAYS LOVE YOU
I ALWAYS MISS YOU
BUT YOU………….?
NEVER KNOW WHAT I FEEL

Wednesday, March 2, 2011

Anak Perempuan



1-      Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa     menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

2-      Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun.

3-      Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4-      Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

5-      Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga.

6-      Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya.

7-      Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8-      Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9-      Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun maka kahwinkanlah dia.

Wanita Ciptaan Yang Istimewa


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat 
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah 
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur 
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan 
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke 
liang kubur. 


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata 
kaum wanita. 


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang 
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan 
seorang lelaki. 


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang 
suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- 
galanya. 


9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia 
tidak bisa melupakannya. 


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan 
kemuliaan akhlak dan perilakunya. 


11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah 
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah 
menjual kemerdekaannya. 


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, 
lelaki bermalam dalam kegelapan. 


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam 
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia 
menginginkan sesuatu.. 


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu 
menjadikan suaminya teman yang termulia. 


17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan 
tidak mengenal pertengahannya. 


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat 
dia berkahwin. 


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi 
oleh isteri yang mulia. 


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki 
mencintai untuk hidup berbahagia. 


21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya 
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada 
ucapan suaminya. 


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab 
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa 
henti. 


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada 
ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan 
kecantikan. 


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi 
wanita adalah lidahnya. 


26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi 
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 


27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan 
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan 
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan 
isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 


28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu 
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di 
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 


29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban 
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan 
setengah beban kehidupan suaminya. 


31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara 
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. 


Wallahua'lam






Wanita Penarik Lelaki Ke Neraka


Assalamualaikum  wbt....

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.  Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila  seorang suami  tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum  lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap 

firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. 

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Wassalam. 

Kecantikan Wanita


"Sesungguhnya kecantikan wanita muslimat itu ialah:

·   Dengan akhlaknya yang mulia, dan tingkah lakunya yang lurus dan amalannya yang soleh.
·      Dengan tuturkata yang benar, percakapannya yang baik dan pandangan yang bernas
·      Dengan akalnya yang bijaksana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan luas
·      Dengan imannya yang mendalam yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya
·      Dengan kecintaannya kepada Allah, mengingatiNya, khusyuk kepada Nya dan menangis keranaNya
·      Dengan kelembutan, kasih sayang, kebersihan, keramahan, dermawan dan pemurah

JANGAN


Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia, InsyaALLAH. 

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau² terbawa keluar najis,
    mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia
    membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi 
   kepapan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu
    berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi
    syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
     bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila
       berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
      kita. 
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang
      kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
      dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
      lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
      keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.



K.A.W.A.N


Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit..
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air,
terus mengalir..
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...
Kata saudara, 
KAWAN tu macam makanan,
kawan makan kawan!!!
Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu,
mengikut saja apa yang dikatakan..
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian,
bau jak yang bususk tapi sedap dimakan..
Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut,
sekejab ada sekejab tak da...
Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah macamana pun,
walaupun ada yang cakap KAWAN tu IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH SEPERTI DURIAN DAN MACAM BISKUT!!
namun dia tetap KAWAN...
nak taw pa sebabnya???
sebab sekali aku sudah berkawan dengan dia..selamanya dia tetap akan ku anggap kawan aku...

TUNGGU KEJAP MASUKLA..

just kongsi jer.. tekan dan baca..

SILA KLIK DISINI....:)