WAHAI CAHAYA CINTA

Ombak tidak akan
berhenti
daripada memukul
pantai,
Matahari tidak akan
serik
menerangi dunia
,Begitu juga dengan
diriQu
tidak akan pernah
serik
dan jemu untuk
menyemarakkan
serta menerangi
cinta kita


Sunday, March 20, 2011

Dengar, Pendengar dan Mendengar

- Bila kita bercakap mesti ada pendengar, begitu jua sbliknya..btl x??? kali ni saya maw kongsi tentang cara mndengar secara berkesan..dari kata lain mdengar dgn betul..saja ja maw kongsi pengetahuan saya tym dolo2..hihihi..merosakkn ayat ja kan?bah apa jua saya melalut ni kan..baca lah pa yg saya maw kongsi ni:-


Ø  Mendengar dengan berkesan bermaksud dengan mata, telinga dan hati sahaja. Bukannya mendengar dengan menggunakan mulut anda coz mulut untuk bercakap. Ini bermakna ketika mendengar anda hendaklah zipkan mulut anda dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada orang yang sedang bercakap.

Ø  Mendengar juga melibatkan kebolehan memahami bukan hanya pada apa yang diperkatakan tetapi maksud apa yang diperkatakan dan perasaan orang yang memperkatakan. Satu cara untuk menguji kebolehan mendengar ialah dengan membuat rumusan dan menyelami perasaan orang yang bercakap.

- Terdapat 2 perkara yg harus diketahui untuk mnjdi pndengar yg baik.

1. perkara yg digalakkan ketika mendengar.
  • -          Duduk atau berdiri condong ke arah orang yang bercakap dalam keadaan relaks atau tenang.
  • -          Pandang ke arah orang yang bercakap. Jangan membelakangi orang yang bercakap tapi jgn salah fhm pula...maksudnya di sini bukanlah anda pandang orang tersebut dengan pandangan yang menggoda pula,kang lain jadinya.
  • -          Perhatikan air muka dan gerak-gerinya. Ini bukan bermakna anda perhatikan peluhnya atau mengira berapa tahi lalat atau jerawatnya.
  • -          Senyum apabila ia senyum. Jangan pula apabila dia menagis anda pula ketawa ataupun senyum. Bertenang jak apabila ceritanya menyedihkan atau mengejutkan. Jangan pula anda yang terlalu beremosi.
  • -          Dengar apa yang diperkatakan, gaya, nada suara, dan kelajuan ia bercakap kerana kadangkala menyatakan sesuatu tentang perasaannya.
  • -          Berikan galakkan supaya ia terus bercakap dengan membuat tindak balas lisan atau tidak lisan seperti mengangguk…,ya…,lepas tu….,em…jgn diam jak kang dia fikir kamu bosan pula dengar luahannya atau ceritanya..
     2. perkara yg tidak digalakkan semasa mendengar.

  • -          Terlalu banyak bertanya seolah-olah menyiasat untuk kepentingan sendiri
  • -          Bertanya soalan ‘ kenapa’ dalam nada yang tinggi atau kasar seolah-olah ia bersalah.
  • -          Mengganggu atau mencelah semasa ia bercakap.
  • -          Memberikan nasihat dan teguran.
  • -          Menilai perbuatan sebagai salah atau betul.
  • -          Menahan ia meluahkan perasaan sedih dan marah. Sekiranya anda menahan ia daripada     meluahkan perasaannya, nanti tak pasal-pasal anda pula jadi mangsanya.
  • -          Menyangkal atau menentang pendapatnya walaupun anda tidak bersetuju.
  • -          Membuktikan ia bersalah atau lemah akan menyebabkan ia lebih ‘defensif’.
  • -          Tukar tajuk perbualan daripada hal lain kepada hal peribadi.

No comments:

Post a Comment

TUNGGU KEJAP MASUKLA..

just kongsi jer.. tekan dan baca..

SILA KLIK DISINI....:)