WAHAI CAHAYA CINTA

Ombak tidak akan
berhenti
daripada memukul
pantai,
Matahari tidak akan
serik
menerangi dunia
,Begitu juga dengan
diriQu
tidak akan pernah
serik
dan jemu untuk
menyemarakkan
serta menerangi
cinta kita


Wednesday, February 23, 2011

Wanita Islam

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak
akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan
70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar
ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah
salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada
lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan

1 comment:

TUNGGU KEJAP MASUKLA..

just kongsi jer.. tekan dan baca..

SILA KLIK DISINI....:)