WAHAI CAHAYA CINTA

Ombak tidak akan
berhenti
daripada memukul
pantai,
Matahari tidak akan
serik
menerangi dunia
,Begitu juga dengan
diriQu
tidak akan pernah
serik
dan jemu untuk
menyemarakkan
serta menerangi
cinta kita


Monday, February 28, 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman
bahagia
5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah andaalamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaanyang dilakukan
6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia
anda
7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi
orang yang berpakat besar
8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat
10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau
rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia
dan akhirat
11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya
anda akan mendapat berita yang gembira
12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami
kesukaran

14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda
dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika
bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan
18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat
kebajikan
20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besara
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat
keredhaan Allah Taala.
23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang
besar
24.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau
terkoyak baju alamat kematiannya
25.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda
diberkati
26.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka
cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan
aman dan sentosa
30.Sekiranya bermimpi bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit
Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta
kekayaan yang halal

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas
lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

No comments:

Post a Comment

TUNGGU KEJAP MASUKLA..

just kongsi jer.. tekan dan baca..

SILA KLIK DISINI....:)